Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

KEBAIKAN MENGALAHKAN KEJAHATAN

Assalamualaikum.
Antara kewajipan mukmin yang bertaqwa ialah menunjukkan akhlak-akhlak yang mulia dalam segala tindak-tanduk pergaulan dan perhubungan kita dengan orang lain.

Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Zar
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja anda berasa, iringilah perbuatan yang tidak baik dengnan perbuatan yang baik nescaya terhapuslah dosanya, dan bergaul(berkawan) orang ramai dengan perangai(kelakuan) yang baik."


Taqwa adalah pakaian setiap mukmin di mana sahaja mereka berada. Dlm terang atau dalam kelam.Waktu sendirian atau ditempat awam.
Mudahnya kita terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, maka, bersegeralah menutup kesilapan dan kealpaan itu dengan amalan kebajikan supaya dosanya terhapus dan kejahatan itu hendaklah dirahsiakan, kerana sebagai seorang mukmin kita tidak seharusnya berdegil atau terus membiasakan diri melakukan maksiat yanng dilarang Allah, setiap ma'siat mestilah ditebus segera dengan hasanah agar kita benar-benar memperlihatkan penyelesaian dan keinginan kita untuk kembali ke pangkal jalan.
begitulah adanya...

*-merokok bukan ciri taqwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan