Isu penggunaan perkataan Allah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Agama rasmi negara ini adalah Islam. Setelah lebih separuh abad Malaysia mencapai kemerdekaan, Tidak ada sebarang undang-undang digubal bagi membendung dan mengawal jenayah murtad.
Sahibul Samahah Mufti Perak telah mendedahkan tentang ratusan ribu ummat Islam dari kalangan bangsa melayu yg murtad sedikit waktu dahulu amat menggemparkan negara. Tetapi tidak ada sebarang tindakan wajar diambil bagi membendung gejala ini dari terus berleluasa.
Amat menyedihkan kita bila mana banyak kes-kes murtad ini tidak mampu lagi ditangani oleh pihak berwajib demi memelihara aqidah ummat Islam.
Tambahan pula peranan media massa yg tidak menyumbang kearah menyeru ke arah kebaikan dan mencegak kemungkaran. Usaha2 ke arah memantapkan aqidah ummat Islam amatlah sedikit. paling haru biru bila mana media cetak dan elektonik menjadi medan penyumbang keruntuhan akhlak, budaya dan semua ini meningkatkan lagi kejahilan dan ketidakpahaman ummat Islam tentang Islam yg sebenar.
Media arus perdana, samada tv berbayar, free, surat khabar lama dan baru, buku-buku lucah atau separa lucah, tahyul,kurafat dan keparat menjadi agen terbesar memudahkan penyebaran unsur2 perosak aqidah ummat ini. Sifat malu tiada lagi dalam kamus hidup,maka kita telah saksikan bagaimana ummat Islam dari kalangan melayu tidak segan silu mendedahkan tubuh, menjual tubuh, berzina, dan macam2 lagi.
Adakah dengan keputusan ini jenayah murtad akan kembali bermaharajalela di Malaysia?
Kalau sebelum keputusan ini pun jenayah ini tak terkawal, apatah lagi selepas ini.
Kecenderungan saya adalah memelihara kemaslahatan dan menolak mudharat yg lebih besar adalah lebih utama...Sewajarnya keputusan ini dibuat rayuan dan jika ia kekal begitu, sewajarnya dibuat satu garis panduan dan peraturan dalam penggunaanya bagi mengelak salah paham,kekeliruan,pergaduhan dan ketidaktenteraman dalam masyarakat.
Apa agendanya?!!
sekian,wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan