Pengikut

Khamis, 7 Januari 2010

ISU NAMA ALLAH : TG HJ HADI pulak bagi bayan.

Assalamualaikum.
Ni yg terbaru ulasan yg dibuat oleh TGHH: .....Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja diatas kosep kebebasan beragama ? , sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia . Perkara ini perlu dijawab secara ilmu , kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebanar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka . Perlu di fahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus di-gunakan oleh umat Islam yang terdiri daripada bebagai bangsa dan bahasa dengan tetap berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah atau mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini .

Perkataan Allah di-sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab yang menganut berbagai agama , sama ada penganut yahudi , keristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala . Al Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agma itu menyebut dan menulis perkataan Allah . Nak baca lebih lanjut layari :
tranungkite.net
atau kat sini:http://www.terengganukini.net/v2/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan