Pengikut

Rabu, 26 Ogos 2009

LUNAS : MEMELIHARA PERUT

Antara kesempurnaan puasa ialah dengan mencegah anggota daripada melakukan perkerjaan yg dibenci oleh Allah. Memelihara mata dari memandang kepada perkara yg dibenci, menjaga lidah daripada menuturkan perkataan yg sia-sia. memelihara telinga daripada mendengar perkara keji dan yg diharamkan Allah.
Demikian juga dengan anggota yg lain, seperti Kemaluan, tangan, kaki dan perut.

Perut hendaklah diisi dengan makanan yg halal,suci, baik dan berkhasiat.




Bila tibanya waktu berbuka puasa,Kebiasaannya kita mengisi perut dengan makanan yg halal dan suci tetapi tahapnya melebihi batas kadar biasa yg kita makan setiap hari. Alasannya untuk mengimbangi keadaan perut yg telah berlapar disiang hari.

Maka tidak ada bezanya antara puasa dan tidak, jika makanan yg menurut kebiasaan kita makan dua kali sehari, tetapi kita habiskannya dalam sekali makan saja. Padahal tujuan berpuasa itu untuk mematahkan nafsu dan melemahkan kekuatannya. Supaya dengan itu kita menjadi orang yg kuat dalam menjalankan takwa pada Allah.

Apabila kita telah mengetahui dan faham makna puasa yg sebenarnya, maka marilah kita perbanyakkanlah amal kita menurut kemampuan kita. Sesungguhnya puasa itu sendiri adalah asas bagi tiap-tiap ibadah dan anak kunci bagi menghampirkan diri kepada Allah.

Nabi bersabda : Puasa itu perisai. Apabila seseorang sedang berpuasa, janganlah ia berbuat perkara keji, membuat kejahatan, melakukan perbuatan dan kelakuan orang jahil. Jika ada seseorang yg hendak menyerang atau mencacinya, hendaklah ia berkata : "Aku berpuasa"

* (keterangan gambar ) : sekadar gambar hiasan.

wallahu a'lam.

2 ulasan:

  1. nik aziz pun banyak tak betul. Sekolah Arab Darul Anuar pulau melaka di swastakan. Penyokong PAS pindah anak belajar di sekolah biasa.

    BalasPadam
  2. Setiap insan ada salah dan silap, antara banyak atau sikit, antara nak bertaubat atau enggan...
    Manusia yg sempurna dan terpelihara dari sebarang dosa pun turut dituduh gila dan pemecah belah masyarakat dan macam2 lagi la. apa yg penting, berpesan2 kearah kebenaran dan penuh kesabaran.

    BalasPadam