Pengikut

Ahad, 23 Ogos 2009

LUNAS : SEJARAH BERULANG?


Mohd Radzhi Salleh dari PKR,hari ini mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Alasannya adalah lebih kurang sama dengan alasan yg dikemukakan oleh adun dari Changkat Jering dan Behrang tidak lama dulu.
Bagaimanapun, beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri. Macam yg pernah berlaku kat kelantan masa PAs dan Parti Melayu 46 bergabung dan membentuk APU. Waktu tu, ada ahli Ecxo yg tak nak letak jawatan walaupun dah mengistiharkan diri keluar dari gabungan. Teruk juga Tuan Guru bersilat. Hari ini sejarah itu mungkin berulang. Tempat yg berlainan tapi mengikut skrip yg sama.

Kalau umur kita panjang, kita akan dapat saksikan kembali sejarah tersebut. Bagaimana pula tindakan MB DS Azizan Razak berhadapan dengan situasi ini.Setakat ini Beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan status ecxo tersebut.

IsyaAllah semua kekalutan ini akan berakhir dengan natijah yg baik walau berdepan pelbagai kemungkinan yg mengecewakan.

Apa nak dikata? tunggu je la.

Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan