Pengikut

Khamis, 18 Jun 2009

Muslim (2)



Assalamalaikum..
Pujian bagi Allah dan selawat dan salam buat Nabi junjungan...

Islam adalah kepatuhan, ketaatan, dan kerajinan menjalankan kewajiban kepada Allah. Islam bermakna memasrahkan diri kepada Allah. Mengaku sebagai Islam, bermakna mengorbankan kebebasan dan kemerdekaan diri sendiri demi Allah. Menerima bimbingan Allah yang diberikan melalui kitab suciNya dan bimbingan yg diberikan oleh RasulNya.
Seorang muslim hanyalah orang yg rela mengenepikan pemikirannya sendiri, adat kebiasaan masyarakat dan dunia serta nasihat2 dari orang lain, selain dari nasihat Allah dan Rasulnya.
Menerima tanpa ragu2 apa saja petunjuk yg didapatinya dari Allah dan RasulNya dan menolak apa sahaja yg dilihatnya bertentangan dengan petunjuk Allah dan Rasulnya.
Penerimaan secara total ini menjadikan seseorang itu dapat disebut seorang muslim...

"Ahhh.. ini tidak sesuai dengan akal intelek saya,kerna itu saya tidak boleh menerimanya" atau kerana ajaran Al-Quran dan Sunnah ini bertentangan dengan ajaran nenek moyang atau pantang tok nenek saya, maka saya tidak akan mengikutnya, atau kerana masyarakat di seluruh dunia tidak suka pada Al-Quran dan Sunnah, maka saya kena mengikut kehendak dunia semasa. Orang yang berpandangan seperti ini tidak dapat dinamakan seorang muslim dan ia menyatakan dirinya adalah seorang muslim, Ia hanyalah seorang pendusta, pembohong, dan semaksud dengannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan