Pengikut

Sabtu, 20 Jun 2009

Ditebuk Tupai?!!

Assalamualaikum...
tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan gambar ini...


Bila kita fikirkan banyak kebaikan yang kita dapat bila sesuatu ujian menimpa kita. Bagi yang pernah merasa peritnya menahan kesakitan sewaktu ditimpa musihah akan merasa bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepadanya.. Kasakitan yg dialami memberi ruang dan peluang kepada kita untuk muhasabah diri dan mengingsafi salah dan silap kita.. Dalam masa yg sama Allah nak uji tahap kesabaran hambanya.


Apa yg penting kita menggunakan kesihatan yg dianugerahkan oleh Allah dengan sebaiknya dan menghargainya...


emm.. pernah dengar cerita, firaun tak pernah jatuh sakit, tapi bila janggutnya ditarik Nabi Musa itulah kesakitan yg teramat dahsyat buatnya..hingga mahu dibunuhnya Nabi Musa... sekadar itu sahaja...


walllahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan