Pengikut

Jumaat, 4 September 2009

MURTABAK BERNAJIS ?

Assalamualaikum.

Kalau anda pergi ke bazar Ramadhan dan berniat nak membeli MURtabak, anda dinasihati supaya memastikan telur ayam yg digunakan oleh peniaga dibasuh terlebih dahulu.
Anda boleh bertanya pada penjual terlebih dahulu samada telur ayam yg digunakan dibasuh dahulu atau tidak.
Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana telur yg digunakan oleh penjual murtabak ( Segelintir sahaja ) mengandungi najis ayam, dan najis itu masih melekat dikulit telur.

Oleh yg demikian, disarankan kepada pengguna dan pembeli muslim mengambil berat soal kebersihan makanan yg hendak dibeli. Begitu juga penjual yg tidak menutup aurat. Sebaiknya kita mencari penjual yg menutup aurat. Biarlah keberkatan itu ada pada makanan yg kita beli dan makan. Mudah-mudahan kita memikirkan soal ini barang sejenak.



** keterangan gambar : Sekadar hiasan

sekian. Wassalam.

4 ulasan:

  1. aku dah lama tak beli murtabak ni...kalau nak makan pun terpaksa cari yang betul2 telur ayamnya dah dicuci dulu.bukan setakat murtabak saja kita perlu check malah termasuk makanan lain yang menggunakan telur seperti mi,burger dan lain-lain.

    tapi apa yang menyedihkan hampir 90% kedai yang menghidangkan makanan seperti ini tak pernah mencuci telur sebelum digunakan.pergilah ke mana-mana kedaipun samada kedai mamak atau melayu kita akan dapati telur masih tersusun rapi di atas tray.

    Sepatutnya pihak berwajib kena mengambil tindakan atau memberi satu garis panduan kepada peniaga-peniaga makanan Islam terhadap penggunaan telur di dalam masakan yang mereka hidangkan.ini kerana makanan yang menggunakan telur yang tidak dicuci dahulu termasuk di dalam kategori makanan yang haram di makan kerana telah bercampur dengan najis....

    Kita sebagai pengguna juga sepatutnya kena bertindak memboikot pengusaha makanan seperti ini.atau setidak-tidaknya kita kena menasihati mereka supaya menggunakan telur yang dah dicuci untuk makanan yang akan dihidangkan.

    BalasPadam
  2. Memang Betul, pengguna muslim kebanyakannya tak ambil peduli tentang hal ini. kena banyakkan pendedahan supaya masyarakan lebih berhati2 dan memelihara sebarang makanan yg dimakan.

    BalasPadam
  3. Telor stengah masak kat kedai mamak pun kdg2 ada berselemuih dgn taik ayam...

    Tapi yang penting, pemimpin BerNajis dan parti BerNajis WAJIB ditolak di PRU13 nanti... INGAT!!!

    BalasPadam
  4. Satu hari anak saya tanya penjual murtabak. "Abg..abg telur abang basuh dak?. Penjual murtabak macam tak mendengar pertanyaan anak saya. Soalan diulang lagi. Tiba-tiba dengan kuat abang tu menjawab. "Telur abang tiap-tiap hari basuh". Anak saya tergamam, semacam keliru. Saya di sebelahnya tersenyum. Faham makna "Telur abang"yang dimaksudkan.

    BalasPadam