Pengikut

Khamis, 25 Jun 2009

DERA ANAK KE?!!



Assalamualaikum..

Sebelum anda memberi sebarang komen, sebaiknya anda melihat gambar ini dengan lebih tumpuan. pehh!!! Asyiknya ia tidur hingga tumpah titis2 air jernih. hehe


Untuk makluman, ini bukan gambar kes dera anak ye... ini adalah salah satu kaedah orang banjar membuaikan anak untuk ditidurkan.


Bagi kebanyakan orang banjar, kaedah ini sering digunakan untuk 'menguringkan' ( tidurkan ) anak2. dan ianya bukanlah sesuatu yg pelik, bahkan menurut kepahaman orang banjar, mempraktikkan kaedah ini akan lebih memberi ketenangan pada bayi dan meningkatkan lagi tahap kenyenyakan bayi tidur, dalam masa yg sama kaedah ini turut membantu menguatkan pinggang bayi tersebut. Untuk bayi yg kerap@ selalu menangis kaedah ini turut digunakan.

Belum cuba belum tahu.

Bagi yg belum pernah mencuba kaedah ini untuk membuaikan bayi adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat mereka yg mewarisi ilmu ini secara "talakki" dan biarlah anda mendapat bimbingan dari mereka yg ada ilmu dalam bidang ini.
Apabila ikatan yg dibuat tidak menepati garis panduan yg sepatutnya, maka bayi tidak merasa selesa dan ini membuatkan bayi akan terasa didera dan tersekat nafasnya..

Kesimpulannya: Menuntut ilmu biarlah berguru, sebaiknya melalui jalan "talakki musyafahah"
Ilmu itu cahaya, cahaya tidak akan hadir pada diri yg sering melakukan maksiat kepada Allah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan