Assalamualaikum..
Sesungguhnya Allah adalah pemberi nur ( cahaya seluruh alam )
Nur bermaksud cahaya, Nur juga bermaksud sebagai ilmu Allah yg dikurniakan kepada sesiapa yg dikehendakinya. Orang yg beriman dan beramal soleh mendapat ilmu Allah manakala orang yg melakukan maksiat tidak mendapat petunjuk hidayah (petunjuk ) Allah.
Hidayah mempunya beberapa peringkat, antaranya :
1- Hidayah yg berupa fitrah sejak seseorang itu dilahirkan seperti keinginan kepada makan dan minum apabila lapar dan dahaga.
2- Hidayah kuasa deria yg dapat mengenal dan membezakan sesuatu seperti pendengaran dan penglihatan
3- Hidayah Akal,yaitu kemampuan manusia untuk berfikir dan menentukan sikap serta tindakan mengikut hala tuju yg dipilih.
4- Hidayah Ad-Din: hidayah yg dikurniakan Allah kepada hambanya berupa pengetahuan dan kesedaran agama. ianya dapat membezakan diantara yg baik dan yg buruk,kebenaran, kesesatan.
5- Hidayah Al-Taufik: inilah peringkat yg paling tinggi dalam martabat hidayah.Seseorang yg mendapat taufik Allah akan beriman dan bertaqwa seterusnya mencapai keredhaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Semua peringkat Hidayah adalah kurniaan Allah. Berbahagialah orang yg memperolehi hidayah kerana ia bakal mengecap kebahagian di Akhirat yg abadi dan alangkah ruginya org yg sesat dan jauh daripada hidayah Allah...
Al-A'raf ayat : 178 : bermaksud :
Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yg mendapat petunjuk itu,
dan sesiapa yg disesatkan Allah kerana keingkaran dan tidak mahu memahami
petunjuk maka mereka itulah orang yg rugi...
sekian wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan