Pengikut

Jumaat, 18 Mei 2012

TG Harun Taib yang disayangi...


Berusaha menjadi orang yang paham ataupun faqih dalam bab agama adalah usaha yang berterusan.
Selagi ada umur, selagi itulah ianya tidak pernah kunjung padam.
Sayang dan kasih pada orang yang berilmu dan beramal soleh adalah salah satu usaha mendekatkan diri kita pada kepahaman dan meluaskan lagi aras kepahaman kita...

SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.

“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.
sumber : sini

1 ulasan:

  1. Hai...tak paham bahasa pun susah jugak.Sabaqlah bang haji oii.Bukan tak mau buat. Tunggu biar perintah Malaysia dulu bersama Pakatan Rakyat.Lepas tu bincanglah elok-elok. Jangan buat kecoh tengah nak pilihanraya umum ni. Dengarlah nasihat TG Nik Aziz sama.Kita bukan cerdik sorang saja. Jangan bagi peluru kat UMNO diambang kita dah hampir kePutraJaya.

    BalasPadam