Sapa yang tak kenal dengan Tok Guru Nik Aziz.
Dah lama dia jadi MB. Dan lagi lama jadi pendakwah.
Dalam ceramahnya memang tak lepas mesti ada pesanan supaya bertakwa kepada Allah. Mengajar agar tunduk patuh pada tuntutan agama.
Adanya balasan akhirat. Soal dosa dan pahala.
Menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.
Hari ini ada yang dakwa Nik Aziz jadi penghasut :
MACHANG - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengarahkan ahli parti itu menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 disifatkan
cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul
Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong
tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.
Katanya, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat.
"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menasihatkan penyokongnya
menggunakan saluran yang betul dan bukannya menggunakan demonstrasi
jalanan.
"Sebenarnya, kerajaan telah banyak mendengar suara pembangkang dalam
pelaksanaan pilihan raya. Mereka tidak perlu berdemonstrasi yang mana
boleh menyebabkan kacau bilau," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Kebangsaan Machang 2, di
sini, semalam.
Pada majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad
Jazlan Datuk Yaakub itu, seramai 1,500 penerima mendapat bantuan itu
termasuk yang membuat rayuan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
berkata, kerajaan tidak menghalang perhimpunan aman namun perlu mematuhi
peraturan yang ditetapkan termasuk lokasi yang ditetapkan oleh polis.
Sebelum sebuah web portal pembangkang pada laporannya Selasa lalu
menyiarkan seruan Nik Abdul Aziz supaya seluruh rakyat hadir pada
Perhimpunan Bersih 3.0 dengan menyatakan kehadiran majlis itu adalah
wajib.
sumber : sini
ajak bincang baik baik hangpa semua ketegaq buih....
BalasPadamtak payah dok meraban laa tok pa noooo !!!.....
depa bukan nak uru ara kan negara......
depa nak pakat duduk meratib saja yg demokrasi dah belayaq jauh......
tok guru memang dah bagi ahsanul kalam laa tuh...
tu kira kalam terbaik le dari tok guru......
kah kah kah