Setiap kebaikan yang dinikmati oleh orang lain janganlah pula kita berusaha nak supaya ianya hilang dari dinikmati oleh orang lain.
Setiap dari kita kena berusaha memberi sumbangan dan tidak merasa kecewa walau kurang dihargai..
Tak pernah dapat sebarang anugerah walau berkerja keras tak mengenal waktu dan ketika.
Ikhlaslah dalam membuat amal. Kerana Keikhlasan itu akan mendapat ganjaran dari Allah yang maha kaya.
Apa yang penting kita kena sentiasa bekerjasama melawan segala kezaliman dan perkara mungkar...
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri
Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada
Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di sini Ahad.
Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan
disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada
satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.
Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.
Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata golongan belia perlu melihat
penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan
tahap ekonomi diri dan keluarga.
"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada
belia.
"Setiap aspek penganjuran kesukanan menyediakan nilai ekonomi yang
sangat tinggi dan peluang yang sangat luas kepada belia untuk
diterokai," katanya.
Beliau berkata para belia harus bersedia dan memantapkan diri dengan pengetahuan dalam aktiviti sukan yang ingin diceburi.
"Para belia cenderung untuk kekal di dalam industri sukan berbanding
industri lain, justeru perancangan yang teliti serta kemahiran penting
bagi memastikan kelangsungan mereka di dalam industri itu," katanya.
Turut menerima anugerah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk
Zokples Embong iaitu Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy
kebangsaan Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).
Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih
Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor
Sdn Bhd (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat
Melalui Sukan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan