Pengikut

Jumaat, 5 Ogos 2011

ROSNAH BAKAL JADI MENTERI?

Oleh kerana ahli dah ramai, mungkin pada masa depan bakal dilantik jadi Menteri penuh.
Itupun jika masih menang.
Pun begitu kenalah pastikan betul-betul ahli tu ada kad pengenalan warna biru, bukan merah ye..

PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.
"Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan.
"Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat. - BERNAMA
copy dari SINI

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada PAS kerana tidak malu untuk sujud menyembah kepada DAP dan PKR, tidak malu untuk melutut meminta maaf kepada mereka. PAS ternyata berani dalam perjuangan!

    Takbir !!!

    BalasPadam