Pengikut

Isnin, 27 Jun 2011

KENA GUGUR..

Melihat kisah masyarakat sekeliling kita, memberi ruang kepada kita menilai diri dan perlunya kita mengambil pengajaran.

Kisah tentang kehidupan. Bila jawatan yang disandang ditarik balik. Semuanya sementara cuma...

SUMBER : SINI

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

1 ulasan:

  1. Mana boleh gugur mereka, lagipun mereka berkhalwat kerana membuat strategi untuk merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Kalau tak kerana nak buat strategi tu, depa takkan berkhalwat punya.... UMNO kan baik dari semua segi, sebar video lucah, buat video lucah, cakap lucah dan lain-lain yang setaraf dengan UMNOPorno.

    Kan dah kena cantas dari jawatan...ini mesti ada puak depa sendiri yang dengki sebab depa dua ada jawatan.

    BalasPadam