Pengikut

Khamis, 6 Januari 2011

NAIK LAGI!!! TAK BANYAK..SIKIT SAHAJA..

HARGA kereta di negara ini dijangka meningkat sedikit tahun ini susulan peningkatan kos buruh dan harga besi global, demikian menurut kaji-selidik Frost & Sullivan.

Ketua Bahagian Automotif dan Pengangkutannya, Kavan Mukhtyar, berkata walaupun begitu, ia dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta secara keseluruhan.
“Disebabkan aliran global itu, kita mungkin akan menyaksikan sedikit peningkatan harga kereta tahun ini. Namun ia tidak akan memberikan kesan yang terlalu dramatik kepada industri automotif secara keseluruhan memandangkan terdapat banyak persaingan di pasaran ketika ini,” katanya ketika membentangkan keputusan laporan tinjauan automotif Malaysia bagi 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Selain itu, Mukhtyar berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman bank bagi pembelian kenderaan juga tidak akan menjejaskan jualan kereta tahun ini,

“Jangkaan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sekitar 3.25 peratus pertengahan tahun ini hanya akan memberikan impak minimum ke atas beban pinjaman pengguna dan kelulusan pinjaman,” katanya.

Mukhtyar berkata, kenaikan harga minyak juga dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta di Malaysia memandangkan kadar kenaikan harga bahan api itu masih lagi munasabah.

Bagaimanapun katanya, jika harga minyak melambung terlalu tinggi ia akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kenderaan di negara ini.
“Sebagai contoh, pada 2009 apabila kerajaan Indonesia mengurangkan subsidi minyak di negara itu, harga minyak telah meningkat sehingga 40 peratus dan ia telah menjejaskan jualan kereta.

“Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, kita menjangkakan kenaikan harga minyak akan berlaku sedikit saja, justeru ia tidak akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kereta di negara ini,” katanya.
SUMBER : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan