Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

Ahli Parlimen PAS Hulu Langat dan Lynas

Pas pusat akan memanggil beliau bagi mendapatkan penjelasan.
Macam-macam cerita timbul.
Ada jugak yang guna peluang ini untuk menyebarkan sesuatu yang tidak benar tentangnya...

Ini pandangan dari yang kenal dengannya :

Isu Lynas yg panas? : Dr.Rosli yg ku kenal

Kepada pengikut blog al-brangionline......maaf dipohon kerana meinggalkan blog ini 3 hari tanpa update.

Ini kerana perut ini bermasalah memulas-mulas sudah 3 hari......hari ini mula nampak reda.

Terlalu banyak isu yang perlu diulas atau dicelotehkan tapi badan ini tidak dapat menumpukan pada PC kerana keadaan perut yang meradam ini.

Isu YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat nampak meng'gegar'kan politik tanah air khususnya di Gebeng dan amnya di Malaysia.

Ada suara-suara sumbang kononnya Dr. Che Rosli telah dibeli oleh BN.

Saya berani mengatakan di sini, Dr.Rosli bukan orangnya yang boleh dibeli dengan tidak bermaruah begitu.

Saya telah mengenalinya selama 21 tahun kerana kami berkongsi surau yang sama. Beliaulah yang menarik saya ke dalam kumpulan usrahnya.

Ketika itu beliau masih menjadi pensyarah di UKM dengan pangkat Profesor Madya, tapi kerana aktifnya beliau dalam PAS beliau di'nafi'kan mendapat Profesor penuh.

Beliau melepaskan jawatannya untuk bertanding di DUN Perlis pada tahun 1999 dan 2004 dan kalah tipis kepada BN.

Pada PRU12 2008, beliau bertanding di Parlimen Hulu Langat dan menang.

Beliau adalah sorang pemimpin yang tegas dan kami amat 'takut' untuk bergurau ber'lebih-lebih'.

Beliau selalu marah-marahkan kami kalau lambat memulakan usrah kerana menunggunya......beliau selalu berkata, "Jangan tunggu naqib.....jangan buang masa."

Petang tadi beliau sempat meluangkan masa memberi penerangan kepada sahabat sebaik saja solat zohor berjemaah.

Terlalu teknikal untuk dicerita di sini......tapi beliau menegaskan beliau terpanggil pergi ke TV3 setelah dipujuk oleh Karan Singh Walia kerana beliau terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang isu Lynas hanya dari aspek sains dan teknikal semata-mata dengan tidak berniat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa samada dari kalangan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri.

Kami semua amat berpuashati dan merasa lega dengan penjelasan beliau petang tadi.

Jika anda ada mendengar suara-suara sumbang serta tuduhan melulu......buangkan jauh-jauh......jauhilah fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

SUMBER : SINI
Pastu baca kat SINI pulak.

2 ulasan:

  1. kebenaran itu mesti diterima walaupun pahit..
    yang pahit tu macam ubat kena telan sebab nak sembuh..
    tapi ubat ada macam2, yg pahit dan tak pahit pun ada... mengapa pilih jalan untuk susah (termasuk tikam belakang rakan sendiri, padahal ada jalan utk berkata benar dgn cara memilih medium yg bukan nak kasi berlaga sesama kita..)

    BalasPadam
  2. benarlah apa yang yg diulas...

    BalasPadam