Pengikut

Sabtu, 9 Julai 2011

TERBARU :NAIB PRESIDEN DAH KENA... RATUSAN LAGI TERUS TAHAN...

Dilaporkan, 2 Naib Presiden Pas dah kena tahan.
Mungkin selepas ini makin ramai yg bakal ditangkap menjelang zohor.
Ketika zohor mereka ini pasti akan berada di masjid untuk solat..



LAPORAN LANGSUNG:

12.40pm: Menurut facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

Cerita lanjut kat : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan