Pengikut

Khamis, 21 Julai 2011

GHAIRAH...

Di sebuah kampung terdapat sekumpulan ayam, dimana dibela oleh pok yim.

Al-kisahnya bermulalah ceritanya.

Ada sepasang ayam betina dan ayam jantan sedang berdating, sambil berdating mereka menggunakan masa tersebut untuk mencari makan juga.
Tengah jalan-jalan berdating dan carma (cari makan ) si ayam jantan biasalah gatal terlebih,dan berlebihan gatalnya, melabuhkan sayapnya sambil berpusing-pusing di sebelah ayam bertina.
Si ayam betina bukan main suka hati lagi bila ada yang ghairah dengan penampilannya hari itu. Walaupun baju dedah yang dipakainya bukanlah jenis yang berjenama terkenal.

Sambil mematuk-matuk dan mengais-gais tanah si ayam betina meneruskan langkahnya dengan penuh aksi lenggang lenggok dan tertonggek-tonggek.
Tiba-tiba, si ayam betina melihat langkah ayam jantan terhenti. Seolah ada perkara aneh yang berlaku. Dengan pantas ayam betina pun bertanyalah.

Ayam Betina : Kenapa sayang berhenti?

Ayam Jantan : Celaka, siapa yang buang merata-rata, abang terpijak taik ayam...

*moral : Ada yang dah kena baru nak sedar dan ramai yang dah kena dan terkena tapi tak sedar-sedar dari dulu-kini dan selamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan