Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

PENYOKONG TEGAR GEMBIRA SAKAN!!!

Berita RANTAU PANJANG KLANG :

Gula naik harga.
Kesihatan rakyat akan lebih terjamin.
Perangkaan singkat menunjukkan pesakit kencing manis makin berkurangan dan kerajaan dapat menjimatkan kos ubat.
Jimat dan duit tu jika tak membebankan kerajaan ianya dapat dikembalikan pada rakyat jelata jua.
Rakyat akan kurang membeli gula.
Kedai makan, restoran dan gerai-gerai dijangka tidak akan menaikan harga makanan dan minuman kerana kenaikan harga gula tidak memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.
Pasukan pemantau harga barang yang berjumlah beribu-ribusssssssss orang telah siap sedia memantau kedai mana yang ingkar dan cuba menaikkan harga teh tarik, teh o, kopi, air masak dan sebagainya.
Tindakan tegas dan mulus akan segera diambil terhadap peniaga yang degil dan hanya nak cari untung je. Peniaga sebegini tidak mengambil kira bebanan yang ditanggung pembeli. Walaupun kenaikan cuma sedikit, ianya menimbulkan rasa kurang senang pembeli.
Apa yang penting, kenaikan ini tidak membenankan dan ianya pada tahap kemampuan rakyat.
Rakyat kena lebih bijak menggunakan sumber lain untuk menggantikan gula jika keberatan nak beli gula.
Gula naik harga, keuntungan untuk poket rakyat...
Kurang membeli kurang memakai..
sumber :AS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan