Pengikut

Isnin, 16 Mei 2011

JIKA NAIK... KENAPA NAIK?

Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang paling mengutamakan rakyat.
Tiada yang lain lebih mendahulukan rakyat melainkan ini kerajaan.

Sekiranya..atau seandainya berlaku kenaikan harga minyak Ron95 dalam waktu terdekat ini,
ianya dibuat berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat juga. Ramai yang pasti menyokong kenaikan ini. Terutama penyokong setia BN yang akan sentiasa akur pada keputusan Kerajaan.

Kenapa naik?!!
Sekiranya...atau seandainya piliharaya diadakan dalam waktu terdekat ini, BN akan tetap boleh menang. Para penduduk kampung-kampung akan terus memberi sokongan yang padu.
Tak kiralah walau berapa banyak kenaikan berlaku. Kain pelikat, kain batik yg diberi oleh pemimpin semasa kempen adalah sesuatu yang harus dikenang dan dianggap keprihatinan yg mendalam terhadap mereka.

Keyakinan mereka adalah hanya BN yang mampu memerintah.
Bagi mereka apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang adalah tak berpijak di bumi nyata. Hanya pandai cakap.

Begitu juga dengan Pemuda Umno yang bagi cadangandan mendesak agar harga minyak tidak dinaikan macam tak paham situasi kerajaan.
Betapa peritnya kerajaan menanggung beban kewangan dalam jumlah yang besar.
Bagi penyokong setia, tak kiralah samada pemuda Umno atau wanita Umno, mereka kena paham keperluan kerajaan. Sebarang bantahan dianggap suara pembangkang.

Pemuda Umno kena membuat perbandingan harga minyak dinegara ini dengan negara-negara jiran terdekat. Jauh lebih rendah dan betapa perlunya kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah macam negara jiran juga.
Pemuda Umno kena jelas, yang sebarang kenaikan tidak membebankan.
"Tidak membebankan" ujar menteri, timbalan menteri dan suara ini senada dengan padangan Prof-Prof dari Universiti tersohor.
Tv dan surat khabar akan menemuramah penyokong setia mereka...
ianya disokong kuat rakyat ujar pembaca berita dan diulas panjang lebar oleh pakar ekonomi..

Rakyat malaysia tiada yang mati kerana harga minyak naik.
Rakyat kena banyak berkorban demi kebahagian kerajaan juga.

Oleh itu, kenaikan harga minyak amat bermakna bagi penyokong setia.
Kenaikan itu boleh dianggap sebagai hadiah dari sokongan yang jitu dan tidak berbelah bahagi...
sokong, sokong dan sokong dulu, kini dan dot dot..

Sokong jgn tak sokong..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan