Pengikut

Isnin, 30 Mei 2011

AWAT KELAPAQ SANGAT?!!

Isu "Beer halal" muncul lagi.
Pengguna Islam kena tipu dan sering tertipu. Kena tipu dengan syarikat pengeluar. Samada dikalangan pengeluar yg mengaku Islam atau yang memang dah sah, nyata lagi terang bersuluh bukan Islam.

Isu DNA babi dalam makanan yang diistiharkan halal dah jadi rutin dalam berita dalam negara sejak dulu lagi.
Yang paling tensennya hanya bagitau ada DNA babi, tapi selalunya tak pulak bagitau nama jenama dan syarikat pengeluar.
Umat Islam setiap detik terdedah dengan permakanan yang haram dan meragukan statusnya.
Bila asyik makan benda haram je, macam mana doa nak makbul?
Hari-hari mohon pada Allah, minta bantuan dan hajat. Tapi, makan minum dari sumber yang haram?

Macam gak isu makan kat kedai-kedai berjenama tertentu...

Kawan-kawan yg prihatin dah bagitau tentang soal halal haram. Tapi dia nak jugak makan kat situ.
Siap bawak anak bini, anak pinak, ahli keluarga pi makan kat situ.
Bila dah terjumpa kaki katak, sisik ular, kepala babi dalam sup sebagai contoh, baru nak sedaq? baru nak marah? pastu nak saman sana, saman sini?

Kaedah ada sebut :" Tinggalkan apa yg meragukan dan ambil apa yg tidak meragukan."

Masalahnya, umat Islam makin tidak ambil berat lansung soal syubhah lagi. Bahkan yang haram pun balun sama..
Sedangkan yang halal itu jelas, yang haram pun jelas...

Macam isu beer halal ni la.. yang kelapaq sangat awatnyaa?
Banyak lagi minuman yang jelas terlihat kehalalannya.. banyak lagi yg sedap, sebagai contoh, air tebu ke, air kelapa, air jambu batu ke, dan macam-macam lagi yang halalan toiyiban..
Mencari yg halal itu fardu bagi umat Islam. Carilah yang halal lagi baik untuk kesihatan dan kehidupan kita.
Tepuk kepala dan fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan