Pengikut

Khamis, 21 April 2011

YES!!! SOKONG HJ HADI (2)

Aku bukan sokong bila menang je..
Seandainya kalah pun aku tetap sokong...
Paling utama dia tak buat perkara yang tak senonoh, melanggar syariat dan melawan ketetapan Allah dan Rasul.

Sejak dulu lagi kalau ikuti kuliah atau ceramah darinya memang tiada kata nista atau cercaan,
Kalau kat Abu jahal n the gang tu memang ada la...
Seruan kembali pada jalan Allah, tingkatkan ketakwaan, menjauhi diri dari perkara mungkar,
menerima Islam secara keseluruhan dan macam2 lagi nasihat berguna.
Memang memberi bekas dan kesan pada diri yang mencari sinar hidup...

Memang tak senonoh betul la kalau sokongan hanya bila waktu senang dan ketika beroleh kemenangan. Manakala ketika menerima kekalahan para pemimpin dicemuh dan dianggap sebagai punca segala kegagalan.

Tapi golongan yang tak suka memang ada dan sentiasa ada...
Hakikatnya yang perlu diterima, sokongan pada Hj Hadi tetap kukuh dan utuh dari ahli partinya sendiri.
Kalau dari parti lain tu tentulah perkara biasa...

Pastu baca apa kata TG Nik pulak..

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan