Pengikut

Ahad, 2 Mei 2010

Jiwa tenang bila keluar PKR?!!!

Kita dengar sikit kisah ini. Ini kisah tentang antara ketenangan dan kedamaian menurut penilaian dia...
Soal hati dan perasaannya yg sebenar hanya Allah sahaja yg tahu...
Ikuti pengakuannya:

Dalam perbualan singkat dengannya, beliau mengakui sejak keluar PKR dan jadi Bebas, jiwanya lebih tenang dan lapang serta dapat berdepan pengundi-pengundi di kawasannya dengan lebih yakin.

“Segalanya semakin baik…lebih tersusun. Program bersama rakyat hampir setiap bulan selain hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang dikhaskan mereka bertemu saya di pejabat,” katanya.

Badrul Hisham menjelaskan, pengundi-pengundi lebih banyak ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku kepadanya ketika bersama PKR.

Pada Jumaat , barangkali kerana keyakinan kepada UMNO dan pimpinan Najib maka Badrul Hisham secara rasmi menyerahkan borang ahli untuk menyertai UMNO selepas enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Borang keahlian itu diserahkan Badrul Hisham Najib yang juga Presiden UMNOdan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Institut Latihan dan Memperkasa UMNO di Janda Baik.

Dengan kemasukan beliau, kini ada 21 Adun BN dengan 19 daripadanya adalah daripada Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pakatan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum lalu selepas menguasai 36 kerusi DUN iaitu - PKR (15), DAP (13) dan Pas (lapan), manakala BN 20 kerusi. -01/4/2010
Sumber di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan