siapakah calon Parlimen Hulu Selangor,MIC atau UMNo?
Pendahuluan:
BN memang tidak ketandusan pemimpin. Ramai tokoh yg mampu diketengahkan untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Hulu Selangor. Tapi masalah terbesarnya ialah,perebutan dikalangan yg layak untuk menjadi calon. Bukan itu saja, yg tak layak pun berebut-rebut nak jadi calon. Seboleh mungkin berusaha melobi supaya terpilih dan dipilih.
Sejarah:
Dalam parlimen Hulu Selangor ini terdapat tiga DUN dibawahnya iaitu,DUN Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.
Bagi ketiga-tiga DUN ini ianya telah dimenangi oleh calon2 BN.
Mengikut daftar pemilih Mac 2008 terdapat seramai 63,593 pengundi di kawasan parlimen berkenaan.
Semasa pilihanraya umum Mac 2008, calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177 dengan majoriti hanya 198 undi.
Dilema:
Adakah kekalahan BN PADA mac 2008 di Parlimen Hulu Selangor disebabkan penduduk di situ mahukan calon melayu sebagai ahli parlimen mereka?
Jika ini yg dimahukan, adakah UMNO sanggup melukakan rakan sepasukan demi mencapai kemenangan?
Seandainya BN masih berpegang pada sistem kouta, ini bermakna BN akan meletakkan calon dari MIC. Ini bermakna BN akan berhadapan dengan risiko undi protes.
Dalam keadaan UMNO ingin mengembalikan sokongan orang melayu, hati dan perasan orang melayu perlulah dijaga. Bertepatan dengan laungan dari para pemimpin UMNO yg ingin membela politik melayu yg semakin terhakis.
Apatah lagi Dengan mendapat sokongan padu dari PERKASA dan Utusan Malaysia yg berapi-rapi menjaja kepentingan bangsa dan agama.
Tentu PERKASA tidak akan berdiam diri jika calon bukan melayu yg dipilih. Ini kawasan Majoriti Melayu.Hujjah kukuh mereka.
Mungkin bertalu2 laporan polis akan dibuat jika tuntutan mereka tidak dilayan.
Begitu juga dengan MIC, pasti ada yg tidak berpuas hati jika bukan calon mereka yg dipilih. Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC awal-awal lagi mahukan calon dari MIC bertanding di situ.
Trauma:
Seperti yg diketahui umum, MIC umpama bot yg hampir karam.Bertanding di 9 kerusi parlimen dan hanya mampu menang 3 darinya sahaja.Tapi berasaskan kouta, parlimen ini adalah dibawah kouta MIC.
Mana mungkin Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC sanggup mengangkat bendera putih. Dia akan dipersalahkan kerana tidak tegar mempertahankan kouta tersebut.
Dalam keadaan reputasi Samy vellu yg semakin malap, tentu dia tidak mahu diperlekehkan lagi.
Bolehlah dianggap BN berada dalam dilema bertukar trauma dalam memilih calon, samada dari UMNO atau MIC.
Soalnya, adakah BN akan mengutamakan setiakawan yg berasaskan konsep kongsi kuasa atau kemenangan yg lebih didahulukan?
*jenuh nak fikiQ
Memang menarik.Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Jika PM setuju untuk kekl status quo BN, MIC kekal untuk bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor. PKR mempunyi harapam cerah mempertahanakn kersui yang mereka menangi dengan mejoriti kurang daripada 200 undi itu dua tahun lepas. Jika G. Palanivel juga akan dicalonkan, PKR parti akan menang menang dengan majoriti yang besar. Ini kerana ramai pemilih India sendiri tidak suka Palanivel memandangkan Planivel lebih memberi muka kapada pemimpin-pemimpinan UMNO,MCA dan Gerakan tempatan pada masa pilihanraya umum 2008. MIC yang kini tenat, pasti tidak akan bertolak ansur dengan UMNO bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor. Apa yang pasti jika MIC bertanding harapan BN untuk merebut kerusi itu agak tipis. Setakat hari ini, UMNO dan pemilih atas pagar mahukan calon BN adalan Melayu.
BalasPadamMatt Piah.
Kalau nak tunjukkan Satu Malaysia letak siapa pun tak pa janji rakyat Malaysia. Kalau nak tunjukkan Rakyat didahulukan...bagi peluang lah kepada Pakatan rakyat menang tanpa bertanding sebab jelas nama pun dah 'Rakyat'. kalau Pencapaian diutamakan: yang dapat pencapaian terbaik sebelum ini calon Pakatan. Maka fikir sama-sama.
BalasPadam