Pengikut

Rabu, 29 September 2010

DUN GALAS DAN PERPADUAN MELAYU : APA KATA NIK AZIZ?


Perpaduan Melayu jadi isu yg sering disebut-sebut.
Tun Mahathir pun dah risau tentang kuasa melayu akan hilang jika BN kalah.
Perkasa pun dah berkali-kali ingatkan Umno betapa parti itu akan karam jika terus meminggirkan melayu.
Pas dah jenuh bercakap soal pentingnya melayu bersatu bawah lembayung Islam, selagi tak terima islam secara keseluruhan, melayu sedikit demi sedikit akan lingkup dan hancur.

Hari ni keluar pulak kenyataan Nik Aziz.. Apa kata dia :
"Ahli UMNO sertai PAS demi perpaduan Melayu"


2010/09/29
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli UMNO menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.
"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.
"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. tutur kata insan beriman, penuh bermakna..

    BalasPadam