Pengikut

Selasa, 11 Mei 2010

TERHANGAT : KISAH BELUM DILESENKAN!!!

Berita ini ada kaitan dengan kegiatan judi bola sepak yg sedang dlm proses nak dilesenkan.
Kerana tak mampu nak menghapuskan gejala judi, dadah, pelacuran, rempit, arak, rumah urut dan lain2 lagi termasuklah melanggar lampu merah, adakah semua ini akan dilesenkan juga?
Hampa pakat baca nooo...

KUALA TERENGGANU: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit kegiatan loteri haram dengan anggaran nilai pertaruhan mencecah RM500,000 sebulan dalam serbuan di sebuah rumah di pangsapuri Permit Harmoni, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Fauzi Abduri, berkata dalam serbuan dilakukan 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun dan isterinya, 55, ditahan 20 minit kemudian sebaik pulang ke rumah.
"Siasatan awal kita mendapati pasangan itu telah menjalankan kegiatan haram itu sejak empat tahun lalu di sekitar bandar ini yang membabitkan anggaran nilai pertaruhan menjangkau RM11,000 setiap hari dan mencecah RM500,000 sebulan.
"Pasangan ini menggunakan rumah kediaman mereka sendiri sebagai tempat mengumpul pertaruhan bertujuan mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan, kita telah merampas satu unit telefon bimbit, satu unit data pencetak, mesin faks dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan haram tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Fauzi berkata hasil penemuan dokumen komputer yang mengandungi maklumat pertaruhan judi bola sepak, polis percaya pasangan itu juga mengaut keuntungan dengan menjalankan aktiviti pertaruhan judi bola sepak.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan. - Bernama
*Gambar ini tiada kaitan dengan lesen judi.

2 ulasan:

  1. salam iyad,
    Bila dah dilesenkan, tentunya semakin banyak rumah yang dijadikan tempat perjudian. Tapi takpe laa masa tu judi dah halal...

    BalasPadam
  2. mungkin nanti kat lebuhraya dah tiada had laju...semua dpt lesen,dgn sebab tak dapat nak kekang masalah tu dari berlaku...

    BalasPadam