Pengikut

Sabtu, 17 April 2010

4 PENJURU DI HULU SELANGOR:APA KATA PAKAR DLM MEMILIH ?

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah calon Bebas VS Chandran, P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) seorang lagi calon Bebas Johan Mohd Diah.

*-Ramainya nak pi Parlimen

Berikut beberapa pandangan tokoh-tokoh ulung Islam berkaitan ciri-ciri dan sifat pemimpin yang baik:
"Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri )." [Al-Farabi]
"Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah." [Ibn Khaldun]

"Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna." [Al-Ghazali]
Selamat memilih pemimpin yang baik kepada seluruh rakyat Parlimen Hulu Selangor. Sudah pasti kita akan dipersoalkan oleh Allah Taala di hari akhirat kelak berkaitan setiap pilihan yang kita buat di atas muka bumi ini.

DICOPY DARI http://ibanmuslim.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Org Hulu Selangor17 April 2010 7:09 PTG

    Diantara melayu Islam dan MIC kapir , tak perlu jadi orang bergeliga untuk menentukan siapa yang akan aku pilih nanti .

    BalasPadam
  2. fulus mari kiri kanan... yg bergeliga @ x pun jadi kelam

    BalasPadam