Pengikut

Khamis, 11 Mac 2010

FIRAUN DENGAN BUDAK HINGUSAN...

Nabi Musa diperintah Allah berdakwah pada Firaun. Semoga dengan dakwah itu dapat menyedarkan firaun dan kembali menghisab diri dan sedar diri.

Firaun yg telah pasti melampau batas, dengan segala kezaliman dan kekufuran yg jelas lagi terang tetap diberi ruang untuk menerima mesej dakwah. Soal dia nak terima atau tak itu bukan urusan Nabi Musa. Allah yg menentukan samada nak memberi hidayah atau sebaliknya. Sejarah ini termaktub dalam Al-Quran.

Bagi yg masih "budak hingusan", apatah lagi. Berilah peluang dan ruang untuk dia belajar dan memahami tentang kehidupan dan menjadi makin matang bila berhadapan dengan kesukaran dan perit maung kehidupan.
Pengalaman mengajar dia lebih dewasa dan makin rendah sifat egonya.
Begitulah adanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan