Assalamualaikum.
Dulu2 punya cerita, marah anak kerna tak dengar cakap atau derhaka, anak akan disumpah jadi batu atau batu bersurat dan macam2 lagi la sumpah menyumpah.Contohnya kisah sitanggang.
Dulu2 punya cerita juga bila anak tak dengar cakap, degil dan sebagainya, si Ibu akan merajuk membawa diri : Contoh kisah Batu Belah batu bertangkup.
Itu dulu...
Zaman dan berubah, yg terbaru punya cerita, bila ada tak dengar cakap si Ibu membakar diri sendiri. Peristiwa ni berlaku kat negeri utara semelanjung Malaysia.
Yg terkini perkembangan Ibu tujuh anak yang membakar diri kerana marahkan anak perempuannya dengan mencurah petrol ke badannya minggu lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar malam tadi.
Rossliana Rosli, 32, yang terbakar 54 peratus dalam kejadian Sabtu lalu meninggal dunia jam 8.30 malam. SUMBER :Di sini
Apa yg nak dikata?
Iktibarnya : Didiklah anak dari kecil dengan didikan Al-quran dan kenal Allah. Ibu bapa kena sering membaca Al-Quran dan zikir2 samada dirumah dan dalam kenderaan.Nak anak baik, ibu ayah kena turut tunjuk contoh terbaik.
Melentur buluh dari rebungnya.
kalau dah jadi buluh baru nak lentur, hancussss.
Bukan tak boleh, tapi sukar...
#keterangan gambar : sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan marah anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan