Assalamualaikum...
Cerpen :
Ada yg nak masuk meminang anak kita yah oiii,abg cadang nak terima je, dah terdesak ni, lagipun anak kita dah makin tua,payah nak cari calon yg sesuai lani, kata ayah.
Sapa dia? keja apa? boleh diharap ke? orang terpelajar ke orangnya? bertalu2 ibu mengasak ayah dengan soalan yg pelbagai.
hehe,Rahsia, jgn buat andaian yg bukan2, kata ayah lagi.
Ait, nape tak boleh? tanya ibu kebingungan.eh... jgn la macam ni. Bukan ke kita dah sepakat sebelum ni nak terima sahaja calon yg jadi pilihan anak kita? sambung ibu lagi.
Nanti ada yg terasa hati la pulak, sahut abang sulung didapur sambil mengunyah dodol yg liat dan hitam legam warnanya.
Engkau jgn menyampuk syam!!! ujar ibu sambil menjeling tajam kearah anak sulungnya yg memang menjadi beban pada mereka kerana sering meminta duit, tapi malas bekerja.
Kalau ye pun dan makin tua, takkan la nak terima je sapa2 yg masuk minang? sampuk atuk yg tiba2 muncul didepan ruang tamu. Kena la kaji dulu rekod dia, jgn sampai naya cucu2 aku dah la,biarla calon tu yg bebas rasuah, kelihatan bersih, dan memang bersih, biar cemerlang, gemilang dan terbilang. Paling tidak pun anak2 didahulukan, mesra,cepat dan betul dan paling penting pandai cari peluang komen atuk panjang lebar sambil menggaru-garu bulu dadanya yg makin hilang keteguhannya akibat kulit dadanya terlalu banyak terukir garis-garis kasar menampakkan keuzurannya. Tapi atuk masih gagah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan