Assalamualaikum.
Telah kita saksikan betapa kebenaran itu pasti akan memusnahkan kepalsuan.
Kepalsuan dan kebatilan tidak akan kekal lama.
Bila cahaya kebenaran itu datang, maka lenyaplah kebatilan.
Islam mesti dibela oleh orang Islam.
Jangan harap org bukan Islam nak bela Islam.
Islam tertegak dengan adanya pembela yg tak takut pada cercaan,makian atau apa sahaja yg semaksud dengannya.
Golongan yg membela Islam hanya takut pada Allah.
Jawatan, pangkat, kemulian atau kemegahan tak mampu memujuk jiwa dan diri para pejuang dan pembela agama Allah.
Bagi mereka, Kemulian, kemegahan, kekuasaan adalah disisi Allah.
Jika Allah memberi ruang pada mereka memperolehi kuasa, mereka berusaha sedaya mungkin disamping tawakal pada Allah untuk mempertahankan prinsip dan asas perjuangan demi mencapai dan mencari keredhaan Allah.
Biar hilang jawatan, jgn hilang hidayah dalam hidup.
"Bagi pembela Islam mereka rela kalah kerana melaksanakan Islam.
rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"......
Redha Allah adalah matlamatnya.
Jgn pula org Islam jadi pembela kemungkaran, pendokong kemungkaran dan penyebab kemungkaran berleluasa...
Kita semua telah dan akan menyaksikan kebenaran itu cuba dipadamkan dengan lidah dan tangan penentang Islam.
Kita juga tahu apa natijahnya.
tapi keyakinan itu semakin pudar.
hakikatnya, apa yg berlaku Krisis keyakinan melanda ummat Islam.
Kembalilah...
“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.........(al-Maidah: 55)
sekian. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan