Apabila kita menerima sesuatu berita, ada 2 kemungkinan pada berita tersebut. Samada berita itu benar atau salah.
apa jua berita tidak boleh lari dari 2 kemungkinan tersebut..bagi orang yang beriman, mereka wajib meneliti dan menyelidik sesuatu berita itu samada ianya benar atau salah.
adalah sesuatu yang amat malang jika kita yang mengaku pejuang kebenaran menerima sesuatu berita tanpa menyelidik dan menyiasat tentang kebenarannya, lantas kita menjadi penyebar-penyebar berita yang belum diketahui kebenarannya hanya kerana hendak menjadi orang terawal menyebarkan sesuatu berita yang diterima..
kita mulia kerana kita berpegang teguh pada Islam. Asasnya patuh dan taat pada segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
menyebarkan berita yang palsu atau salah adalah salah satu jalan menempah tempat dikalangan orang2 yang fasik..
mudahan kita memelihara diri kita dari terjerumus kearah jalan2 kesesatan.
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan