Pengikut

Selasa, 9 Jun 2009

Fitnah jadi amalan?

salam alaikum...
Islam agama yang sempurna. Selayaknya setiap individu mahupun jamaah menerima kesempurnaan Islam dalam apa jua keadaan. Samada ianya bertepatan dengan pandangan dan pendapat kita,mahupun sebaliknya.
Islam adalah agama Allah. Allah telah menentukan tiga rukun beragama iaitu aqidah, syariat dan akhlak. Manusia walau sehebat mana sekalipun tidak layak melawan ketetapan yang telah ditentukan Allah dan Rasulnya.
sejarah telah membuktikan betapa perjuangan menegakkan agama Allah memerlukan istiqamah, kesabaran dan semangat juang yang tinggi.
sabar dalam menyampaikan kebenaran,
sabar dalam berdakwah.
sabar dalam menghadapi ujian fitnah,samada datang dari dalam mahupun luaran.
oleh itu, wajib bagi setiap para pendokong perjuangan Islam meneliti setiap berita yang diterima samada ianya benar ataupun palsu..
saranan nabi, berkata baik atau diam.
jangan sampai kerna nak menjadi orang yang tahu semua maklumat, kita menjadi penyebar fitnah.. tidak ada kelebihan dan kemuliaan bagi penyebar fitnah...
sebaiknya kita meneliti dan menyiasat sebarang berita yang diterima dan itu adalah jalan yang terbaik dalam mencari kebenaran...

'manusia sering berfikir untuk mengubah dunia
tapi lupa untuk mengubah diri..
sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan