Pengikut

Sabtu, 21 Mei 2011

BERBELIT, TERBELIT, MEMBELIT DAN TERCIRIT..

Pelik, hairan, ganjil, aneh dan bercelaru.PautanHaram ke?
Halal ke?
Ada sijil halal yang tulen atau palsu ?
Atau nak kena minta tolong PDRM ni.. ?
Ye la..Untuk pastikan samada tulen atau separa tulen. Kalau agak kabur dan kurang yakin, boleh dapatkan pakar dari USA...
tak kan sampai begitu sekali...

baca kat SINI

Bila jadi macam ni, bukan takat cikgu sekolah pening, rakyat pening, menteri pening,
Jangan sudahnya murid jugak bakal tercirit-cirit menanggung akibat?

SILAP...

Kesilapan berlaku dimana-mana.
Kesilapan boleh berlaku dengan sebab yang pelbagai dan macam-macam hal.
Kesilapan menaikan harga minyak akan memberi kesan pada rakyat, walaupun secara sedikit atau berperingkat.
Berlaku kesilapan dalam menyampaikan suatu berita turut memberi kesan kurang baik dalam masyarakat.
Kesilapan juga berlaku dengan sebab terlalu letih sampai nak "keluar biji mata"

berita silap : baca kat SINI

Khamis, 19 Mei 2011

RON95 TAK JADI NAIK? HA HA HA

Risau dengan kemarahan rakyat, kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan. baca kat SINI

Pi mai pi mai rakyat dijangka akan didahulukan dulu, kini dan selamanya...

Barangkali dengan kenaikan tarif elektrik rakyat kurang menanggung beban.

Besar kemungkinan, sekiranya berlaku kenaikan tarif elektrik rakyat akan lebih terasa mereka didahulukan...

Jom sokong ramai-ramai selagi tak membebankan seperti yang diwarwarkan oleh pemimpin seperti yg disiarkan oleh tv dan media arus perdana.

Berbaloi-baloi..

Rabu, 18 Mei 2011

RAMAI YANG KECEWA...

Memang ramai yang kecewa.
Menanti sesuatu yang mampu mengubat sedikit sebanyak beban yang ditanggung dek kerana kenaikan harga barang yang melambung-lambung.
Kekecewaan itu memang jelas terlihat melalui perkataan dan perbuatan, dalam hati siapalah tahu kan?!! dan ianya menjadi bualan hangat di merata-rata pelusuk tanah air tercinta.

Hari ini ada pulak, siap ada jumlah mereka yg kecewa... baca kat SINI

Senang je..Bukankah ada yang nak bagi 500?
Yang 400 000 ribu ni akan membuat pilihan masing-masing...
Pastikan setiap undi menguntungkan anda, keluarga anda, jiran anda, dan ketua kampung anda!!!
dan yang paling penting, memberi untung dunia dan akhirat..

Isnin, 16 Mei 2011

JIKA NAIK... KENAPA NAIK?

Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang paling mengutamakan rakyat.
Tiada yang lain lebih mendahulukan rakyat melainkan ini kerajaan.

Sekiranya..atau seandainya berlaku kenaikan harga minyak Ron95 dalam waktu terdekat ini,
ianya dibuat berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat juga. Ramai yang pasti menyokong kenaikan ini. Terutama penyokong setia BN yang akan sentiasa akur pada keputusan Kerajaan.

Kenapa naik?!!
Sekiranya...atau seandainya piliharaya diadakan dalam waktu terdekat ini, BN akan tetap boleh menang. Para penduduk kampung-kampung akan terus memberi sokongan yang padu.
Tak kiralah walau berapa banyak kenaikan berlaku. Kain pelikat, kain batik yg diberi oleh pemimpin semasa kempen adalah sesuatu yang harus dikenang dan dianggap keprihatinan yg mendalam terhadap mereka.

Keyakinan mereka adalah hanya BN yang mampu memerintah.
Bagi mereka apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang adalah tak berpijak di bumi nyata. Hanya pandai cakap.

Begitu juga dengan Pemuda Umno yang bagi cadangandan mendesak agar harga minyak tidak dinaikan macam tak paham situasi kerajaan.
Betapa peritnya kerajaan menanggung beban kewangan dalam jumlah yang besar.
Bagi penyokong setia, tak kiralah samada pemuda Umno atau wanita Umno, mereka kena paham keperluan kerajaan. Sebarang bantahan dianggap suara pembangkang.

Pemuda Umno kena membuat perbandingan harga minyak dinegara ini dengan negara-negara jiran terdekat. Jauh lebih rendah dan betapa perlunya kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah macam negara jiran juga.
Pemuda Umno kena jelas, yang sebarang kenaikan tidak membebankan.
"Tidak membebankan" ujar menteri, timbalan menteri dan suara ini senada dengan padangan Prof-Prof dari Universiti tersohor.
Tv dan surat khabar akan menemuramah penyokong setia mereka...
ianya disokong kuat rakyat ujar pembaca berita dan diulas panjang lebar oleh pakar ekonomi..

Rakyat malaysia tiada yang mati kerana harga minyak naik.
Rakyat kena banyak berkorban demi kebahagian kerajaan juga.

Oleh itu, kenaikan harga minyak amat bermakna bagi penyokong setia.
Kenaikan itu boleh dianggap sebagai hadiah dari sokongan yang jitu dan tidak berbelah bahagi...
sokong, sokong dan sokong dulu, kini dan dot dot..

Sokong jgn tak sokong..

Ahad, 15 Mei 2011

BERDIRINYA SEORANG BEKAS PM DAN PM...

Perdana Menteri, bekas PM, Menteri, Timbalan Menteri, Bekas-bekas Menteri semuanya bermula dengan belajar dari guru.

Hebat setara mana sekalipun seseorang itu hidup di dunia, pastinya ia pernah belajar dari guru.

Sehebat-hebat guru yang mengajar manusia menjadi hebat dan terhebat bermula jua dari belajar dari guru.

Setiap kebaikan yang diajar kepada tiap anak muridnya, jika diamalkan oleh mereka, nescaya akan terus meneruslah saham kebaikanya hingga hari kiamat...

Alangkah beruntungnya insan yang bergelar guru...

SELAMAT HARI GURU...

Kepada semua yang pernah menjadi guru dan bakal guru...

...Kekalkan keikhlasan dan mantabkan perjuangan,
Robohkanlah segala segala tembok kejahatan dan kekaratan jahiliyah,
Musnahkan segala khurafat yang melanda ummat,
Leburkan jua dendam kesumat, dengki khianat,

Bina kukuh pasak akidah,
Suburkan sifat mahmudah,
Lahirkan jiwa tunduk, patuh dan taat,

Itulah guru...

Sabtu, 14 Mei 2011

AGENDA RAMPAS...

Bukan kerja mudah.
Tapi bukan mustahil untuk melakukannya..
Kerja buat tak boleh berseorangan...

GOMBAK, 14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.

Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.

Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.

"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.

"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.

Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.

Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.

Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.

"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.

Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.

"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.

Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.

"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.

Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".

Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.

Bacaan lanjut kat SINI