Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

PUKUL SAMPAI MATI : BILA ORANG RAMAI JADI HAKIM..

*Gambar hiasan: Polis Mesir memukul orang awam.Tiada kaitan dengan cerita kat bawah.

Tak kira tempat dan masa,
Kat masjid pun hilang, dari selipar, kasut, tabung derma, peti besi, tongkat khatib, kepala paip, motor, kereta hingga lori pun hilang.
Itu kat masjid. Ditempat lain usah cerita la.
Nak menggambarkan betapa ketenangan dalam kehidupan kita makin hilang. Allah angkat nikmat sakinah dalam kehidupan kita akibat dari kesombongan manusia.
Mencari jalan penyelesaian bukan dengan apa yang Allah dan Rasulnya telah tetapkan.
Natijahnya ?

PASIR MAS – Akibat mencuri motosikal, seorang lelaki maut dipukul orang ramai di Kampung Slow Machang, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati mangsa berumur 25 tahun melarikan diri sehingga ke Kampung Slow Machang, dekat sini, setelah cuba mencuri sebuah motosikal di bandar Pasir Mas.

“Kejadian kira-kira jam 2 petang itu disedari sepasukan polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan dan terserempak dengan satu kumpulan orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan,” katanya kepada pemberita.

Abdul Rahim berkata, anggota polis berkenaan membawa mangsa ke Hospital Pasir Mas, namun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang akibat cedera parah di bahagian belakang kepala, siku dan badan.

berikutan kejadian itu, pihak polis menahan tiga orang awam dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun dan dua kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 379 A dan Seksyen 320 kanun keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak bertindak melampaui batas undang-undang atau meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

“Pihak polis sememangnya memerlukan kerjasama orang ramai namun mereka diingatkan menyerahkan suspek kepada polis dan tidak bertindak mengatasi undang-undang berhubung kes jenayah,” katanya

dicopy dari sini

2 ulasan:

  1. molek jugok kalu kena katok sapa mapuh ore - ore lagu ni..kijo len hok lebih molek,lebih melia banyok lagi hok buleh buat,tapi nak curi jugok..ni la penajaran yang di tunjuk oleh pemerintah zalim UMNO - YAHUDI - ISRAELI di malaysia,ore berdemo nak menegakkan hak,tolak kebatilan,polis duk sepak terajang rakyat macam anjing,takpo pulok..kes a.kugan,aminulrasyid & banyak lagi lagu mano bhai?

    BalasPadam
  2. Kalau semua bertindak ikut sedap rasa, huru hara gak.mcm tembak org gak la..kesalahan langgar lampu isyarat, tapi tembak smpi mati?
    Tapi bila dah tak terkawal kemarahan dek krna kerap sngt hilang tu yg jadi macam tu. Bila dah dapat memang nahas laa..

    BalasPadam