Pengikut

Ahad, 23 Mei 2010

Semalam PAKLAH , HARI INI TPM la pulak. Tunggu JAKIM je lagi!!!

Sebagai orang yg mengaku Islam, kenalah jujur dalam berkata-kata.
Jujur dlm menyatakan hukum... Sebagai pemimpin, perlulah memimpin ummat menjadi rakyat yg sentiasa menjauhi maksiat seperti terlibat dengan judi dan unsur-unsur judi. Sentiasa peka dan cakna mengenai luahan rasa rakyat, apatah lagi yg membabitkan hukum Allah Taala...
Lesen dah lama lulus, takkan tak pernah dapat reaksi dari mana2 pihak? Mungkin ramai sangat kaki kipas, lansung kebenaran itu terhalang dan menyebabkan diri terbinasa. Nasib baik semalam ada teguran dari Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Berita semalam:Mantan PM dah menyatakan bahawa : "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas.

Beliau yg juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

Pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pula : kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

bacaan lanjut : kat sini

p/s : Mudah-mudahan PM dan TPM dah terbaca kenyataan bekas PM kita yg lalu. Ianya sebahagian dari reaksi masyarakat Malaysia juga.
Firman Allah : "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...
Surah Al-Baqarah ayat 219

Tiada ulasan:

Catat Ulasan