Pengikut

Rabu, 28 April 2010

LAMA DAN BARU

Satu ketika, Rasulullah saw meminta supaya seorang sahabatnya yang menjadi tukang kayu menyediakan sebuah mimbar baru. Mimbar lama dibuat daripada batang kurma yang dikerat. Ketika Nabi saw hendak berucap atau berkhutbah Baginda akan berdiri di atas batang kurma tersebut.
Setelah siap mimbar baru, lalu dibawalah kepada Nabi Muhammad saw. Sebelum sempat Nabi memijak mimbar yang baru, Nabi saw telah terdengar mimbar lama menangis. Lalu Nabi saw meletakkan tangannya yang mulia itu ke atas mimbar lama itu, barulah mimbar lama itu berhenti menangis. Seolah-olah mimbar lama dapat merasakan khidmatnya tidak diperlukan lagi kerana telah ada pengganti mimbar yang baru. Sebab itulah disebutkan di dalam
Al-Quran, maksudnya :
"Tidak Kami utuskan engkau, wahai Muhammad kecuali sebagai pembawa Rahmat ke seluruh alam."
Hatta kayu yang mati pun dapat merasai rahmat dengan kedatangan dan risalah yang di bawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah saw.

1 ulasan: