Pengikut

Rabu, 18 Ogos 2010

BILA PEMBUNUH TIADA RASA GERUN!!!

Kat Malaysia pun ramai yang jenis bunuh anak, cuma caranya berbeza.
teknik membunuh yang berbeza tidak membezakan kejahatan perbuatan tersebut.
Buat la undang-undang apa pun, jika tiada pertolongan Allah, nescaya tidak akan berjaya mengekang apa jua jenayah yang melanda dunia ini.
Alangkah rugi dan maha zalim bagi Umat Islam yang ada panduan dan petunjuk yang benar, tapi masih ragu dan kurang yakin dengan pedoman yang hakiki lantas meninggalkan petunjuk tersebut.

pakat baca cerita Bunuh ini :
ORANGEBURG, South Carolina: Seorang ibu mengaku membunuh dua anak kecilnya dengan mencekik mereka sebelum menenggelamkan mayat mereka bersama keretanya ke dalam sebuah sungai.

Penganggur, Shaquan Duley mengikat kemas mayat dua anak lelakinya yang berusia 18 bulan dan dua tahun pada tempat duduk sebelum menolak kereta berkenaan ke Sungai Edisto Utara dalam usaha menghilangkan bukti perbuatannya itu.
“Beliau benar-benar berfikir bahawa tanpa kanak-kanak itu beliau boleh bebas. Saya rasa beliau bosan dengan leteran ibunya yang beliau tidak menjaga anaknya atau hanya mahu bebas," kata Sherif Orangeburg County, Larry Williams, pada sidang media semalam.
Koroner Samuetta Marshall berkata mayat si abang mempunyai kesan lebam yang menunjukkan berlaku pergelutan.

Duley, 29, semalam didakwa kerana membunuh.

Beliau tinggal bersama kedua-dua anak lelaki itu, seorang anak perempuan berusia lima tahun dan ibunya di rumah sewa di kawasan perumahan yang ditinggalkan di Orangeburg, kira-kira 56 kilometer ke selatan Columbia, ibu negeri South Carolina.

Tanpa pekerjaan dan berpisah dengan suaminya, Duley bergantung kepada ibunya untuk sara hidup beliau dan anak-anaknya.
Mengikut laporan siasatan, selepas bertengkar dengan ibunya pada malam Ahad lalu, Duley keluar membawa kedua-dua anak kecil itu ke sebuah motel di Orangeburg yang terletak beberapa kilometer dari kediamannya.

Di sanalah beliau mencekik kedua-dua anaknya itu.

Kisah itu dicopy kat sini

Banyaknya pembunuhan, perzinaan serta macam-macam jenayah yang melanda negara kita khususnya adalah disebabkan tiada rasa gerun dalam hati manusia tika melakukan kejahatan dan kemaksiatan...
Allah tidak mencampakkan rasa gerun kerana ingkar ketetapanNYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan