Assalamualaikum...
Apabila sesuatu isu timbul secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan soal hukum. Ini adalah kerangka dalam hidup beragama.Maka lebih baik dan sewajarnya kita mendapatkan kepastian dari yg arif dan tahu. Hebat mana pun kita, tak semua kita tahu, banyak lagi yg kita tak tahu dari yg kita tahu, oleh itu proses pembelajaran adalah berterusan hatta berakhirnya riwayat hidup kita.
Dalam hadis 40 karangan Imam Nawawi pada hadis yg ke 11 ada menakalkan :
Dari Abu Muhammad Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah katanya : Aku telah menghafaz dari Rasulullah S.A.W telah bersabda : Tinggalkan barang yg meragukan engkau kepada apa yg tidak meragukan engkau. Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i. Tirmizi berkata : Hadis ini hasan sahih.
Hadis ini menerangkan bahawa perkara yg meragukan atau yg mendatangkan syak wasangka di hati iaitu perkara yg tidak menyenangkan perasaan,mendatangkan kegelisahan dan tiada ketenangan maka tinggalkan ia.
Tetapi kegelisahan dan ketetapan itu adalah tertentu bagi orang yg kuat memelihara hukum tersebut, yg menjauhi dari segala shubhat dan berusaha meningkatkan dirinya ke darjat taqwa.
Kesimpulannya usah melakukan suatu perkara atau perbuatan apa pun yg tidak menyenangkan hati dan fikiran. Sebaliknya, kerjakanlah sesuatu yg mententeramkan hati iaitu YAKIN , kerana itu LEBIH SEJAHTERA SERTA LEBIH TERPELIHARA.
*Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. dan di antara keduanya ada perkara yg samar ( syubhah ). Soalnya nak ikut ke tak mau ikut? Imanlah penentunya...
Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan